OH MALAYSIA
Wednesday, 16 September 2015
NO WORDS CAN DESCRIBE THIS LOGO
Entri Tanpa Kata : Sehati Sejiwa
Salam 1 Malaysia ^_^

p/s : Selamat bercuti semua :) #SelamatHariKemerdekaan #SehatiSejiwa#31082015
WAJAH SEHATI SEJIWA
WAJAH SEHATI SEJIWA
Nurul Suhaida Abd. Aziz, Tanjung Karang
”Erti sehati sejiwa sempena tema kemerdekaan adalah bebas dari segala kongkongan dan boleh melakukan apa sahaja demi kebahagiaan tanpa mengira bangsa dan agama demi satu negara.”
Abdul Aziz, Kuala Selangor
”Erti sehati sejiwa didalam tema kemerdekaan adalah perpaduan kaum yang dilihat di negara kita walaupun berbeza agama dan bangsa, tapi masih mampu bersama meneraju Negara”
KPL Abdul Latif, Kuala Selangor
”Erti sehati sejiwa didalam tema kemerdekaan adalah bersatu didalam menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin negara yang berusah mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara kita.”
SARJAN Nur Liyana, Kuala Selangor
”Erti sehati sejiwa didalam tema hari kemerdekaan adalah sepakat didalam membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing dan berusaha bangkit sebagai bangsa yang bermaruah.”
Ida, Temerloh
“Selamat hari merdeka!”
Siti Hajar, Putrajaya
”Sebagai rakyat Malaysia, perkataan sehati sejiwa memberi makna yang sangat mendalam kepada saya. Kita sebagai rakyat Malaysiaendaklah bersatu hati dalam mengharungi setiap persoalaan dan permasalahan yang berlaku di negara kita. Sayangi dan hargailah kemerdekaan yang kita miliki dan kecapi sehingga sekarang.”
Ng Jhun Yong,Johor
” i wish Malaysia Happy merdeka day and malaysia can be a modern country in the future”
Alias, Pulau Carey
“Terima Kasih pada Kemerdekaan. Saya suka jadi rakyat Malaysia”
Mohamad Zaiham, Kelantan
“saya sukakan kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia. Semoga berkekalan”
Manpreet Singh, Kuala Lumpur
”semua bangsa perlu bersatu hati dalam menyambut kemerdekaan ini.
“one love”…”
“one love”…”
Rufaizal Bin Jaafar
“pelbagai keunikan makanan yg terdapat di malaysia yang mesti anda nikmati”
Nurul Akmal, Hospital Tanjung Karang
”Erti sehati sejiwa sebagai tema kemerdekaan tahun ini adalah mencerminkan semangat kekitaan dan perpaduan semua rakyat tanpa mengira siapa diri kita dan dimana juga kita berada”
Abd. Rahim, Hospital Tanjung Karang
”Erti sehati sejiwa sebagai tema kemerdekaan tahun ini adalah perasaan perpaduan yang dirasai setelah merdeka dan mampu bekerjasama walaupun berbeza agama dan budaya”
Faisal, Terengganu
“Mencerminkan keharmonian masyarakat bersama”
Shah, Pantai Dalam
“Melayu, Cina, India sama-sama sokong M.U!”
Jennifer , Sentul, KL
“Saya harap kita yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum boleh hidup bersama di bawah satu bumbung.”
Nurul, Sentul, KL
“Dengan apa yang telah berlaku saya rasa perpaduan adalah sesuatu yang sangat-sangat kita perlukan sekarang.”
Nabil, Sentul, KL
“Kita patut ada pemahaman antara bangsa supaya ada perpaduan antara kita untuk masa akan datang.”
Amir Juhari, Cheras KL
“Kita sepatutnya sehati sejiwa lebih sayangkan Malaysia dan sayangkan keamanan yang kita ada.”
Pegawai Zuraini
Balai Bomba Tanjung Karang,
Balai Bomba Tanjung Karang,
”Erti kemerdekaan. Ianya bukanlah sekadar melaungkan perkataan merdeka, ia adalah detik yang sepatutnya dikenang dan mengimbau kembali saat susah senang, pahit maung pejuang negara mempertahankan tanahair. Kemerdekaan juga menjadikan kita lebih bersyukurdan menghargai kehidupan yang sedia ada berbanding semasa dijajah oleh orang asing”
Gomadi, Melaka
”IM PROUD TO BE MALAYSIAN”
”IM PROUD TO BE MALAYSIAN”
Shahrull, Ampang Selangor
“Gembira hidup dalam berbilang kaum dan bersatu padu”
“Gembira hidup dalam berbilang kaum dan bersatu padu”
Mejar (K) David Teo, Segamat Johor
Kuih bahulu, kuih pelita,
Selamat hari merdeka… sehati sejiwa.
Selamat hari merdeka… sehati sejiwa.
“Rakyat malaysia aman damai, perpaduan sangat diutamakan”
Azahar, Ipoh
“I would like to wish every malaysian very happy independence day, and i hope what ever going on everybody keep chill”.
“Relax bah…”
Zack, Cheras
”Bersatu, dari segala segi, Apa yang seorang rasa, yang lain pun rasa sama juga.”
Thanes, Sg Petani
”Semua ikut bermuafakat menujun satu matlamat”
Teoh, Parit Buntar
”Ada masa baik, ada masa sakit, ada masa goyang, ada masa power”
Maimanah, Kuala Selangor
”bekerjasama, faham memahami, hormat menghormati, sayang menyayangi tidak kira usia, bangsa untuk Malaysia tercinta.”
Khairin, Kajang
”Melayu Cina India sama-sama belayar di atas bahtera bernama Malaysia”
Mizan, Kajang
”Makna sehatisejiwa kepada saya adalah “kebersamaan, keitaan & kesamarataan berdasrkan keadilan sebenar””
Razif, Ampang
”Saya duduk sama kawan-kawan Cina dan India, sekali kami berhujah, ‘bila Cina kawin India, anaknya muka Melayu!’ – Kami gelak sama-sama – ”
Zaiton , Kampung Sungai Tengi Kanan
”Erti kemerdekaan dalam ertikata sehati sejiwa adalah sifat ummah yang bersatu yang hidup aman damai walaupun berbeza agama, bangsa dan kebudayaan.”
L. KPL Azahari, Kuala Selangor
”Erti sehati sejiwa didalam tema kemerdekaan salah satunya adalah bersama sama mengenang sejarah silam betapa sukarnya dijajah, malah hari kemerdekaan perlu disambut sebagai cara mengenang jasa pahlawan yang berkorban membela negara sehingga mencapai kebebasan didalam semangat bersatu hati tidak mengira bangsa dan agama.”
KONST Mohd. Hafiz, Kuala Selangor
”Erti sehati sejiwa sempena tema kemerdekaan kemerdekaan adalah sepakat dan bergabung dengan aman didalam usaha menyatupadukan semua kaum dan hidup dengan aman serta harmoni tanpa pertelingkahan.”
Cikgu Kamariah, Kuantan
“Semangat perpaduan dan bekerjasama antara semua bangsa haruslah dipupuk dari peringkat bangku sekolah lagi.”
Kamilah, Temerloh
“Menyatukan ummah demi perpaduan.”
Norfazliyati, Kuala Lumpur
”Kita harus menjadi lebih bersatu untuk negara Malaysia”
Jayveet Singh, Kedah
“Jangan gaduh-gaduh antara satu sama lain. Jadikan negara malaysia ini aman…”
Siti Aisyah, Alor Setar Kedah
“bagi saya tema sehati sejiwa semua masyarakat cina india dan melayu di malaysia kene bersatu padu”
Amirul Azam, Kuala Lumpur
“kita bersatu atas nama Malaysia. Kesatuan dalam kepelbagaian.Selamat Menyambut hari Kemerdekan 2015 #sehatisejiwa”
A. Kumar Arumugam, Kuala Lumpur
”sehati sejiwa, di malaysia ini aman. kita senang cari rezeki.
i love Malaysia.”
i love Malaysia.”
Dr. Muhammad Hafiz, Hospital Tanjung Karang
”Erti sehati sejiwa sebagai tema kemerdekaan tahun ini adalah semua penduduk negara yang berbilang bangsa boleh hidup bebas bersih dan bersepadu”
Kamarul Nasri, Hospital Tanjung Karang
”Erti sehati sejiwa sebagai tema kemerdekaan tahun ini adalah perpaduan bangsa yang berbeza kaum setelah merdeka dan merasai kebebasan dan keamanan hasil usaha sesama bangsa”
Nadia, Kluang
“Melayu makan chapati, India makan kuewtiaw, Cina makan nasi lemak”
Fatin, Sentul, KL
“Seperti hidup berpasangan yang perlu sehati sejiwa barulah bahagia. Begitulah juga bila hidup bersama sebagai rakyat.”
Fahmi, Sentul, KL
“Seperti tiang rumah. Kalau satu tiangnya retak, seluruh rumah tersebut akan runtuh.”
Balu, Sentul, KL
“Proud to be Malaysian.”
Vibie, Sentul, KL
“It’s about unity. Hope for meaningful occasions to happen in the future.”
Pegawai Mohd. Ali,
Balai Bomba Tanjung Karang
Balai Bomba Tanjung Karang
”Erti Kemerdekaan adalah bebas dari penjajah dan mampu memerintah negara secara sendiri dan mampu menjadikan negara dohormati dimata dunia”
Zulhisham, Sungkai Perak
”Semoga negara kita malaysia maju aman damai sentiasa”
”Semoga negara kita malaysia maju aman damai sentiasa”
Fizo Omar, Kelantan
“sehati sejiwa adalah bukan sahaja dari rumah tangga kita dan pasangan kita, tapi lebih kepada semua rakyat malaysia berbilang bangsa, berbilang agama.
kita kena selalu sehati sejiwa sebab kita nak mendapatkan satu keputusan dan satu kejayaan yang bersama dalam membentuk negara kita ke arah negara maju
In syaa Allah kita dapat berada di tahap aman damai dari segi ekonomi itulah yang kita harapkan dan juga keamanan negara kita… yang pasti kita kena sehati sejiwa”.
Ramesh, Kelang Lama
”Melayu, Cina, India, semua saya takder ‘hati’.”
Sarlee Raj, Wangsa Maju
”Bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum”
Shiva, Serdang
”No racism”
Mr Siva, Brickfields
”Saya bangga menjadi anak Malaysia”
Najwa, Kuala Selangor
”Satu bangsa, satu negara, satu matlamat,satu jiwa.”
Jaidin, Kuala Selangor
”Mempunyai kehendak, semangat serta pengatahuan yang sama dan juga melakukan apa saja bersama sama.”
Odeng, Kajang
”Tidak kira bangsa atau agama, kita semua kawan”
Segar, Kajang
”Layanan samarata kepada semua pelanggan”
Ardell, Balakong
”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”
Deen, Kajang
”Satu beskal beribu kawan”
Danial, Sentul
”Sama-sama minum kopi secawan, sama-sama makan sepinggan, sama-sama susah senang”
Norhidayah, Tanjung
”Erti sehati sejiwa sempena tema kemerdekaan adalah bergabung bersama didalam keadaan perasaan aman dan tenteram yang dirasai sampai bila bila.”
ASP Mohd. Nazrul, Kuala Selangor
”Maksud sehati sejiwa..Masyarakat yg berbilang kaum bersatu padu, saling hormat menghormati dan bantu membantu diantara satu sama lain.”
KPL Abd. Aziz, Kuala Selangor
”Erti sehati sejiwa didalam tema hari kemerdekaan adalah bersatu hati tanpa mengira bangsa untuk membina kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir anasir luar yang mahu melihat perpecahan tercetus di kalangan rakyat berbilang bangsa di Malaysia.”
Kapt. (B) Abdul Rashid, Kuantan
“Bersama menjaga keamanan demi kebahagiaan generasi akan datang.”
Shahril Nizam, Kuala Lumpur
”Selamat menyambut hari merdeka ke 58..kepada seluruh rakyat malaysia agar lebih berjiwa kemerdekaan dan terus menjadi negara maju”
Sugavendan
”Selamat menyambut hari kemerdekaan to all malaysian people… sentiasa bersatu dan maju di persada antarabangsa”
Veronica Xavier, Kedah
” selamat Menyambut hari Kemerdekan yang ke 58, semoga kita kekal bersatu padu”
Ahmad Shahrin, Kelantan
“Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia sebagai simbolik kepada negara malaysia aman dan harmoni”
Jagveen Singh, Bangsar
”” keep on 1 Malaysia…”
dari dulu cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain hoki Malaysia.
saya bangga jadi anak Malaysia.”
dari dulu cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain hoki Malaysia.
saya bangga jadi anak Malaysia.”
Dr. Robiatul, Hospital Tanjung Karang
”Erti sehati sejiwa sebagai tema kemerdekaan tahun ini adalah satu negara yang berbilang kaum dan agama boleh bersatu dimasa suka dan duka”
Mohd. Nadim, Hospital Tanjung Karang
”Erti sehati sejiwa sebagai tema kemerdekaan tahun ini adalah perpaduan bangsa yang berbeza kaum yang tidak menjadi isu untuk mencapai wawasan, dengan ekonomi yang baik, teknologi yang berkesan dan bangsa yang sepakat pasti akan menjadi negara yang disegani dan dihormati”
Shahzwan, Pahang
“Menggabungkan bilangan kaum”
Suresh, Sentul, KL
“Tak kira bangsa, tak kira kaum, tak kira agama. Kami satu uniti. Selamat Hari Merdeka!”
Miza, Sentul, KL
“Perlu jadi macam budak-budak yang sentiasa gembira bila bersama-sama dan sentiasa gembira dengan kehidupan mereka.”
Gan, Sentul, KL
“Saya bangga sebagai seorang anak Malaysia.”
Mariam, Sentul, KL
“People working together and I hope less fighting between each other.”
Pegawai Mohamad Faiszi ,
Balai Bomba Tanjung Karang
”Erti Kemerdekaan adalah dapat mentadbir sendiri sesebuah negara, yang diiktiraf berdaulat dan bebas dari penjajahan kuasa asing”
Mohamad Rejab, Kluang Johor
“Rakyat Malaysia prihatin… kekalkan perpaduan yang utuh”
“Rakyat Malaysia prihatin… kekalkan perpaduan yang utuh”
Jebat Putra, Johor
“Apa yang saya suka pasal malaysia ialah keharmonian sesama bangsa dan kalau boleh kita sebagai generasi baru ni kita sepatutnya kene jaga tanah air kita lah”.
“Kekalkan keharmonian”.
Denish Raj, Sg Petani
”Gembira, hati senang, boleh dapat kerja”
Jeg, Sg Petani
”Dalam satu kelompok bercampur semua kaum seperti keluarga, tiada apa-apa beza”
Man, Pasir Mas
”Tak kira apa bangsa pun di Malaysia ni, kita sama-sama bantu membantu tolong menolong antara satu sama lain ”
Amir, Petaling Jaya
”Understand each other so that able to trade friendly jibes and insults without taking offence and to laught about it afterwards”
Atikah, Kuala Selangor
”kesepaduan, kefahaman & kekitaan rakyat Malaysia.”
Elik, Kajang
”Harmoni & Aman, Tanpa harmoni, tiada keamanan”
Ahmad, Subang Jaya
”Unity”
Nazrin, Sungai Besi
”Together, everyone, achive, more”
Adi, Shah Alam
”Kita semua sama sahaja dipandangan Yang Esa”
Engku, Kajang
”No komen”
MatJepp
”Kita kaya dengan adat resam, budaya dan kepercayaan berbeza, maka pasti akan ada perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat itu penting, menghormati pendapat orang lain, LAGI penting!”
Subscribe to:
Comments (Atom)