Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 pada 31 Ogos 2015, dengan tema #SehatiSejiwa (baca: hashtag sehati sejiwa).
Apa Rasional #SehatiSejiwa?
Logo #SehatiSejiwa
Logo ini menggambarkan bentuk hati di mana semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman. Bentuk hati juga menggambarkan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Bulan adalah pelengkap bagi menggambarkan agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bentuk peta di kiri dan kanak menggambarkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu negara – Malaysia. Garisan dokongan berwarna merah di bawah bentuk hati menggambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani. Warna yang dipilih juga ada pada Jalur Gemilang kebangsaan rakyat Malaysia.
Sehati Sejiwa – Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.
Lagu dan Lirik #SehatiSejiwa
Demi tanah yang bertuah
Taman cinta merdeka ..aaa
Kasih di hatiku ini
Untukmu tanah pertiwi
Dari utara selatan
Juga timur ke barat
Turut gagah Sabah Serawak
Sehati Sejiwa
Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu dengan kuj
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa
Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..
Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera …
Korus
Mi i so ginavo
Kitai Dekak Mujur
mi i so ginavo
Ngetan Ke Menua
Mi i soginavo
Nyuluk Cita MuliaMalaysia Sehati Sejiwa x2
Kesimpulan
Semoga dengan perkongsian ini memberi
semangat kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. #SehatiSejiwa tidak ada
jika rakyat sendiri tidak menghayati dan memahami aspirasi Negara.
No comments:
Post a Comment